Followers

Thursday, September 27, 2012

asal usul rukun iman dan rukun islam

serius,selama 21 taun aku idup,baru semalam tau mana mai asal usul rukun iman dgn rukun islam.sebelum ni tak penah org cerita pun.*salah diri sendiri la tak p mengaji...kebetulan semalam otw nak beli tiket bus,singgah solat then ada kuliah pasal khusyuk dalam solat.then ustaz ni ada sebut hadis kat bawah ni..anyway.buat sapa2 yg masih keliru rukun iman dgn rukun islam,mai2 pakat baca benda ni.ringkas jaaa..

Dari Umar r.a berkata: Saat kami duduk dekat Rasulullah s.a.w di suatu hari maka tiba-tiba nampaklah oleh kami seorang lelaki mema

kai pakaian sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak terlihat padanya bekas (tanda-tanda) dalam perjalanan dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalnya maka duduklah ia dihadapan Nabi s.a.w lalu menyandarkan lututnya pada lutut Nabi s.a.w lalu meletakkan tangannya di atas peha Nabi s.a.w kemudian ia berkata:

Hai Muhammad, beritahukanlah padaku tentang Islam! Maka jawab Rasulullah s.a.w: Islam iaitu engkau bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan sungguh Muhammad itu utusan Allah, menegakkan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan Haji ke Baitullah (Mekah) jika engkau kuasa menjalaninya. Berkata orang itu: Benar. Kami hairan, ia bertanya dan ia pula yang membenarkannya.

Maka bertanya lagi orang itu: Beritahukanlah padaku tentang Iman. Jawab Nabi s.a.w: Engkau beriman kepada Allah dan MalaikatNya, kepada Kitab-kitabNya, kepada Rasul-rasulNya, kepada hari Kiamat dan beriman kepada Qadar baik dan yang buruk. Berkatalah orang itu: Benar.

Bertanya lagi orang itu: Maka beritahukanlah padaku tentang Ihsan. Jawab Nabi: Engkau beribadah (mengabdi) kepada Allah seakan-akan engkau melihat kepadaNya, sekalipun engkau tidak dapat melihatNya maka sesungguhnya ia melihat engkau.

Tanya orang itu lagi: Beritahukanlah aku tentang hari Kiamat. Jawab Nabi: Orang yang ditanya tidak lebih tahu dari si penanya. Tanya orang itu lagi: Beritahukanlah aku tentang tanda-tandanya. Jawab Nabi: Diantaranya jika seorang hamba telah melahirkan majikannya dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin papa, berbaju compang-camping, sebagai penggembala kambing sudah berkemampuan, berlumba-lumba dalam kemegahan bangunan.

Kemudian pergilah orang tadi. Aku diam tenang sejenak kemudian Nabi s.a.w berkata: Wahai Umar tahukah engkau siapa yang bertanya tadi? Jawabku: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Nabi s.a.w berkata: Dia itu Jibril datang kepada kalian mengajarkan tentang agama kalian. (H.R. Muslim)

Friday, September 7, 2012

911

porsche.aku da start gila dengan kereta ni.da 2 hari dok melayan video kat youtube pasal porsche 911 ni.

tah.da jadi kegilaan dah ni.

oh,buat sesapa yg tak tau 911,ni contoh gmbar porsche 911.


evolution of porsche 911.tak banyak berubah pon.tu yg buat benda ni unik.forever beauty.

tapi sistem dia berubah lah.dari air cooled ke water cooled.

bab technical ni aku tak reti sgt.so tanak cerita.

one day i'll own one.insyaallah.

*kalau nak kereta mahal,kena la banyak duit.kalau nak banyak duit,kena lah dapat kerja yang baik.kalau nak dapat kerja yang baik,kena lah dapat result yang baik.

ok.stop searching 911.

jom buat kerjaa.

*1 ja yg aku tak berapa bekenan dgn reta ni.2 +2 seat.seat belakang tu,utk adult tak bole masuk.

 

Wednesday, August 29, 2012

raya 2012

raya taun ni memang lain lah dari taun-taun yang lepas.

for the 1st time aku tak beraya dengan akak aku masa hari raya pertama,since dia raya kat kampung hubby dia,kat kulim.

so gamba raya taun ni tinggal kami bertiga je lah


kat rumah nenek pulak memang dah lama tinggal,masa raya ja guna.

so masa raya ni lah mak cik aku bawak barang elektrik dari rumah dia ke sini.

macam tv,etc.tapi tak clear la tv tu.since pakai antena adjust sendiri tu.

so memang tak tengok tv sgt lah aku masa ari raya pertama.

raya ke 2,terus gerak ke bangi.otw nak g bangi.perut lapar.kedai makan tak bukak lagi.so nak tanak makan jugak lah dominoes.sebab itu ja yang bukak



lepas tido kat bangi,esok pagi tu terus gerak ke bandar tasek selatan,naik bus kat sana.

bus sepatutnya pukul 8.30.tapi delay.kul 9.30 baru jalan.

sampai larkin;(stesen bus joho) naik bus ke pasir gudang pulak.

nak amek kereta aku,aku tinggalkan keta tu kat abang ipar aku dari bulan 6 aritu

6.30pm petang tu jugak buat regular services. tukar minyak hitam,minyak gear,filter,sparkplug

stick lampu kat kereta ni rosak.kedai yang aku p servis kereta tu tadak jual.so terpaksa tunggu esok baru bole beli kat kedai potong.

masa nak makan kat kedai mamak,jumpa dengan pakcik lan,sedara kat joho ni la.

dia ajak beraya kat pontian.offer tido kat sana.

esok tu gerak balik skudai,cari stick lampu tu.kat kedai potong.

elok2 nak bayar,tetiba aku perasan porch bag aku hilang.dem!tertinggal kat pontian!

call depa.depa cakap ada.then patah balik pontian.



lorong nak pegi kat umah sedara aku tu lah



masa otw nak balik skudai,sempat beli pulasan.



tinggal kereta kat dalam utm skudai

then terus balik bangi.naik bus kat sri puteri,skudai dalam kul 6 mcm tu lah.sampai bangi kul 10.30pm

esok tu gerak balik penang.

raya ke6 p beraya kat umah besan mak aku,kat kulim.

petang tu jugak p penang.nak cari filem utk alia ramley.

before p 1st avenue,aku dengan ayah aku p roadwalk petang.*tempat jual barang2 lusuh.

tempat ni kat masjid acheh.tak beli papa pun.tengok2 jaa



roadwalk petang.tak secrowded macam roadwalk kat belakang stadium.

then.malam tu p beli barang ni kat alia ramley.

rm54 utk 2 ketoi filem







raya ke7,sabtu plan nak beraya dengan kawan2 skolah rendah.

tah angin apa tah aku nak main balik keyboard,da tinggai bawah katil dekat2 setaun kot.

angkat2..tediaaaa amek hang...anai anai!dem


speaker da rosak.kena pakai external lah jawabnya.

key lain suma fully function


lepas zohor aku p beraya dengan kawan2 SKHA.start dari rumah chut,then rumah basit,rumah zul and then rumah athirah.memang best dapat beraya dengan kawan2 lama

kat depan rumah zul.


malam tu pulak p beraya kat rumah syed fadhil.dengan kawan2 skolah teknik aku.dia buat sikit2 ja.
yang ada,aku syakir dgn amar.

tak lama pun aku lepak kat situ.kalau ikutkan hati memang nak lepak lama2 tapi tak bole.aku da janji dengan  
matyan nak p amek atai kat airport.dia baru balik dari Gaza.dia ikut NGO malaysia hantar bantuan kemanusiaan.


dalam 30 min jugak la kami tunggu.then dia sampai.fuhh..terbaek kot bila dia sampai.tau kenapa?dia disambut macam wira kott!siap ada lagu IKRAM lagi sambut dia.macam nak nanges pun ada masa ni.haha



atai disambut oleh mak dengan tok dia masa sampai kat airport penang.

bersama2 IKRAM 

security tengok2 dari jauh,nak kawal keadaan agaknya takut ada harsh talk kot.xda lah.mana adaa semua tu..jangan takut ye cik jagaa


esok tu pulak macam biasa lah kami beraya kat rumah yang da jadi tradisi setiap taun.hehehe.

just taun ni special dari taun2 yang lepas.raya ke8 but still berhandsome handsome dengan baju melayu beserta samping.

*ye lah,atai tak sempat lagi pakai baju raya taun ni.sebab tu lah dia nak pakai jugak nak beraya kat rumah kawan2 pakai baju melayu

atai tengah share pengalaman di gaza dengan tuan rumah



lepas beraya kat lunas,kami beraya kat teluk air tawar pulak.rumah tok atai.

bersenyum senyuman di depan cermin


petang tu p shopping dengan naemah untuk plan esok

lepas shopping2 p beraya kat umah zaem pulak



esok pagi semangat aku bangun awal nak sedia ayam utk BBQ petang nanti.

buat dengan ma aku lah.kejap jaa.kul 9 da siap semua.

dalam kul 4 kami gerak dari tanah besar ke pulau.nak berBBQ kat batu ferringgi.

perut lapaq,singgah subway sat.otw nak p masjid terapung(*memang plan nak berkumpul kat sini)




jumpa malin kat tengah2 jalan.so gerak sekali lah.
dalam kul 6.30 kot baru kami sampai kat port baik punya.pantai kat hard rock hotel.macam2 ada kat situ.

tapi budak2 ni tak sampai lagi,ada yg sesat lah.ada yg stuck dalam jam lah.

malin.gadis terawal sampai sini.kesian dia sorang-sorang.haha



camera aku memang sucks.yg belakang pokok tu lah hardrock hotel



kami 3 orang je yang mandi laut.aku atai matyan

dalam kul 7.30 semua sampai 

masa ni pun kami da start bakar arang utk berBBQ.

ayam pertama siap dalam kul 8 mcm tu kot.memang sedap gilaa lah.secubit masuk mulut,bagaikan jatuh chentaa haha


dalam kul 8.30 mcm tu tetiba hujan turun.takpa teruskan perjuangan.bakaq tetap bakaq.

nasib baik atai bawak khemah,so bole la lindung tempat bakaq tu dari kena air hujan.

dengan ribut lah hujan lah,tapi siap jugak ayam tu.kecuali last 4 pieces yg tak sempat.

alia suggest suruh makan kat tempat lain sebab takut dengan keadaan masa tu.ribut kot.ombak dok mai tak mau mau.tp kat pantai terkawal lagi lah.so kami pun kemas2 then p tempat lain

dalam feri,atai suggest nak makan kat umah naemah.tuan rumah ok ja.so kami pun gerak lah ke situ




kat rumah naemah




bole kata raya taun ni memang best gila lah!memang lain dari yang lain.lain dari apa yang pernah aku sambut 20 taun lepas.

Monday, August 27, 2012

Thursday, August 23, 2012

sometimes..u have to let it go.especially when "it" is not belongs to you.

Sunday, August 19, 2012

raya..

kalau dulu..

rumah nenek mesti semak dgn org,sampai tak da tempat nak tido.

kalau dulu..

malam raya mesti sibuk berperang dgn org sebelah main mercun.

kalau dulu..

agak2 tengah hari p beraya sampai ke umah minangkabau.

kalau dulu,..

mesti pegi beraya rumah nenek retis..sampai lah 1 taun ni kena halau, "balik balik!esok datang hari ni ramai orang".lepas tu tak p dah.

kalau dulu.

agak2 2 3 hari lepas raya mesti mandi sungai..

tapi tu cerita dulu..
 
budak2 sekarang tak kisah langsung benda2 ni.yang penting.tablet.iphone.ipad.

Thursday, August 9, 2012

amalan2 yang boleh dibuat dalam mencari lailatul qadar

Amalan pada malam Lailatul Qadar

Mulailah amalan pada jam 12.00 tengah malam.
1. Sembahyang sunat wuduk selepas mengambil wuduk
2. Sembahyang sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan malam Lailatulqadar
3. Membaca Al-Quran
4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali (Astagfirullah halazim waatubuilaih)
5. Zikrullah (La ila ha illallah 1000X , Laila haillallah muhammadul rasulallah 300X, Allahhuakbar 300X)
6. Bertasbih: 
  • Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem300X
  • Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahilazim 300X
  • Subhanarob biyal a’ala wabihamdih 300X
  • Subhanarob biyal a’zimiwabihamdih 300X
7. Selawat 100X atau 1000X (Allahhummasolli ‘ala Muhammad)
8. Sembahyang sunat tahajud
9. Sembahyang sunat tasbih
10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca quran sehingga solat subuh.

copy paste from this blog: http://dakwah.org/blog/?p=409

Monday, August 6, 2012

turning your ipod touch to an iphone

serius aku baru tau benda ni.

it is called GMATE.

function: transform an ipod to iphone.

beza ipod dgn iphone ialah kebolehan buat panggilan. 

dats it.directory,suma ada.just tak boleh make any calls je.

tapi,dengan device ni,ipod ke,ipad without 3g ke,suma bole buat panggilan.




cool isnt?now you can have the thinnest iphone evaa~

but i'll stick with my lovely nokia torchlight and keep the ipod untouchable. haha

asalnya aku beli ipod ni utk pdf reader ja*since masa tu tablet2 cina tak masuk malaysia lagi so terpaksa lah.






Saturday, August 4, 2012

true?

tengah kemas desktop,(deleting some files,sbb disk da penuh.computer selalu hang)

tetiba jumpa picture ni.


Friday, August 3, 2012

masak


honestly aku memang tak reti masak

sebab jarang ke dapur.

keh keh.

tapi cuti2 ni aku rajinkan diri ke dapur,

mula2 tolong2 sedia bahan dulu;potong bawang etc

then,siang td masa nak berbuka ma aku suruh aku masak,tapi dia guide lah

so aku pilih utk masak ayam masak merah

bole kata antara feberet food aku lah.

cara2nya:

cewahh..sementara dok ingat dlm kepala ni la nanti da lupa bole refer sini balik,

1.sediakan bahan.bawang putih,4 keping,bawang besar 2 biji,bawang putih 4biji,halia sepotong.

then,semua bahan2 ni potong 4.

kemudian, bahan2 ni dikisar(blend) sampai hancur lah.

kemudian,asingkan air dgn bahan2 yg da hancur tadi,guna la filter

then,basuh ayam bersih2..guna air biasa pun bole.guna air asam dgn tepung lagi baik.

bila da bersih,panaskan minyak dalam kuali.

agak2 dlm 5 minit minyak masak,masukkan bahan2 yg dah diblend tadi dlm kuali..

then.letak 5 sudu cili yg dah diblend(seelok-eloknya masak dulu cili ni,kalau tak nak masak lama)

kacau lah,tunggu benda ni masak.dalam 15-30min siap lah

bila kuah ni da masak,masuk ayam.then kacau lagi sampai ayam sebati dengan kuah tadi.

tengah dok kacau ni,tambah air asam..sikit ja jangan pekat sangat.

kacau lagi.

agak dlm 5 min tambah 1.5 sudu garam(sudu kecik) and 1 sudu gula(sudu besar)

kacau lagi.

agak2 da masak,g potong bawang besar halus2,then masukkan dalam kuali tadi.

gaul2 dan siap!


Sunday, July 29, 2012

jika kau bercinta lagi..

jika kau bercinta lagi...cinta lah sesungguhnya

(aAaAaaaaaaaAAA~~~)

haha..yau lagu ni?

new gen kenal lagu ni thu flop poppy, old gen thru alley cats

aku try dengar lagu ni version alley cats.rasa mcm rima lagu ni macam bukan local.rasa2 ja la

then baca comment kat bawah,oh lagu ni amek dari lagu filipina;

ikaw lang ang aking mahal 

 tak kisah la mai mana pun,lagu ni best

 

tp tah,antara 3 3 version,jujur aku cakap aku suka lagi versi flop poppy.

 

 

 


Sunday, July 22, 2012

project:straight line pencil

ada sorang sahabat ni dok tanya pasal invention,dia kena buat assignment dia.

tajuk.alatan yg memudahkan pelajar.

masa:seminggu.

gila kesian.

kebetulan pulak aku terjumpa keta mainan yg colgate bagi kalau beli colgate dulu tu

so dgn sedikit modifikasi dgn berinspirasikan gamba dari facebook,jadilah produk ni






how its works:


Thursday, July 5, 2012

pelanduk 2 seiras


                                                            sama tapi tak serupa.pelanduk 2 seiras agaknya.

                                                            maksud aku guy yg pakai baju putih tu.macam atai.tapi bukan atai.

Tuesday, June 26, 2012

damn..tak kusangka aku akan addict dgn ainan,the same way aku addict dgn yui.




Friday, June 22, 2012

posto posto

lama tak update.

cuti2 ni la yg nak sempat update pon.

tu pon bape kerat yg follow story blog ni.hahah

nak cita apa ek/

haa..baru teringat..

plan aku nak tengok berapa kerat yg betul2 ingat birthday aku menjadi.

5 out of 651 friends yg wish kat aku,even aku tukar birthdate aku,and block anybody utk tulis something on my wall.

baru aku tau banyak ni rupanya yg betul2 ingat birthday aku.

biar lah.kisah apa aku dgn birthday.org dok doa semoga panjang umur panjang,sedangkan umur kita makin pendek.kian ari kian dekat dengan mati.

dah.nak cita apa pulak.oh.pasal projek aku.alhamdulillah.secara staticsnya menjadi.tapi secara dinamiknya x menjadi.fail.tapi aku rasa puas.sebab kawan2 dok support dari belakang.well,dlm presentation tu,1 group ja yg menjadi.yang lain tak.haha

apa lagi nak cita.

oh.aku baru tengok snow white.bole la...rate aku:3/5..plot dia simple dan senang faham,,dan setiap scene ada relation dgn scene depan2.ok laa...tp aku rasa macam twilight punya actor tu mcm tak reti belakon sangat lah.macam..tah..kureng emosi.kalau dia guna kristein kreuk(lana lang small ville) aku rasa mungkin lagi  hidup kot cita ni.

apa lagi...

dah tak da papa kot.

Tuesday, April 17, 2012

suara pelik.

nak cite pengalaman sket.

aku kalau bab2 hantu ni,lemah semangat sket.tp kalau tengok citer hantu sikit pun aku tak takot.

"so.the ghost is there.then what?"

tu je yg aku tertunggu2 each time tengok cite antu.

semalam.aku baru lepas abes discussion pasal projek kat bilik kawan aku.masa tu da kul 12.15 am mcm tu lah.

ingat nak beli nescafe kat kedai runcit kat sini.

kedai runcit tu atas bukit.kalau nak pegi jalan kena jalan kat denai2.

aku da biasa pun dengan jalan2 kat situ.siang la.

malam jarang lalu kat situ.

so malam td aku guna jalan tu lah nak p kedai runcit tu.

sebelum ni pun memang ada benda pelik jadi kat situ masa aku guna jalan tu masa malam2.

dengar bunyi suara budak2..budak2 mana dok main kat semak2 tengah malam?

umah pengetua kolej jauh dari situ.nak kata suara pompuan kolej pompuan pun bukan kat situ.

aku buat tatau je lah.

so semalam masa aku jalan2 kat situ,aku macam risau2 jugak sebenarnya.tapi buat tatau ja..


tengah2 aku jalan tu tetiba dengar suara pompuan nyanyi.

fuck weh!!pompuan mana pulak nyanyi tengah2 malam ni

*ahh.jangan buat lawak bodo tanya dia nyanyi lagu apa.

dia buat suara mcm dlm pontianak harum sundal malam tu..

yg guna hembus2 je..

"hmmm hmmm hmm~~"*lebih kurang la

tp memang clear kot suara tu bergema kat telinga aku.bukan ilusi.bukan perasaan.memang real.

bulu roma da meremang apa lagi cabut lari laaa.

jangan buat pasai la wey tamau aku jumpa benda2 pelik ni.

memang la kalau pikey2 logik "ahh..hantu bole buat apa takat tunjuk muka je la"

ye lah..tp mungkin sebab kita dah dididik dari kecik yg benda2 ni menakutkan,sebab tu otak kita respon takut dengan benda2 ni.

agaknya la.

Thursday, April 12, 2012

midsem break.buat apa?


aku sibuk dgn prototype projek aku.

ni ha:

projek pengangkat telur.

kat mana telurnya?ahh.belum siap lagi.tak larat.

siang td jugak sama2 dgn ayah belajar mcm mana nk buat circuit utk parallelkan bateri.

dari bateri 6volt(4 ketul)+another 4 ketul jadi 12v.

sama2 mencari mcm mana nak buat circuit ni

sebenarnya masa kat lab dulu technician da penah cerita mcm mana nak buat.tp ye lah.ak ni slow sket.bukan nak faham la la tu jugak.ades..mcm mana la nak buang penyakit ni ak pun tatau

then,baru tadi siap flatdev novice entry:




ni saja2 suka2 ja.aku tau aku level mana.tp sebagai sokongan moral ja sbb tu aku upload.

oh.midsem break kali ni aku balik lewat sket.ari sabtu malam

akak ak suruh teman dia,since parents kami p kelantan.ada kenduri.and nak edar kad kawen akak aku.

ok readers,kalau tadak hal 2.6 ni mai la kenduri akak aku kawen.kat dewan sungai 2

yes i know masa tu suma org tgh sibuk dgn exam.kebetulan pulak aku masa tu baru nak study week.tp da akak kawen takan tak balik kot.

agak2 yg tak sibuk tu datang la k.

kalau tak tau kat mana contact2 aku.nanti aku bole bagi direction.


Sunday, April 8, 2012

tada..h??

TADAAAAAAAAA!!!!!

bersawang gila blog.

lama tak update.

tadak cerita apa pun yg nak cerita.

saja syok2 on balik blog.rasa bosan nanti off balik.hahah

skrg tgh sibuk dgn projek pengangkat telur.*subjek yg carry 2 credit hours.

aahh..*actually aku suka gila subjek ni.mungkin sebab banyak melukis.hahah

tp bukan lukis bodo2 ja.kena buat benda tu.tgh buat la ni.

*abes duit aku beli kereta dash cap ayam.takpa lah.utk projek punya pasai..

wish my projek works ok~~

Sunday, January 29, 2012

macam drama lah pulak

sombody mesej..elok2 nak baca mesej tu tetiba kuar lagu baek punya..

hahaha..macam drama ja...ada music kat belakang sambil baca mesej.

naah..its just a short and not so important text.

tayah nak SS.

Saturday, January 28, 2012

quit riding?

weekend ni ada 3 program yang menyerabutkan otak.tp aku kena pilih 1 ja

1.camping

2. bmx comp

3.ikut kursus kawen

asalnya aku memang dah nak sangat p camping tu..tapi ada 1 statement yg buat aku terasa nak p sangat bmx comp kat kl..last minute aku cancel camping tu.

then petang tu pulak aku terfikir 2x.tambang saja dah rm100..makan lagi..bla2 abih kurang2 rm200

uish..aku da la tak berapa berduet sangat skrg.

last2 3-3 program cancel.

malam tu p ride dengan pro-pro bmx kat tesco seberang jaya.

duk dgn depa ni baru terasa kita ni memang tak reti gila pasai basikal ni.

tp chill je..

tp tah la..siang tadi tetiba aku da rasa macam tak bernafsu utk pusing2 dgn basikal.

need a rest 4 a while perhaps.

Thursday, January 26, 2012



ko-Q aku dapat B?SUMPAH ****

Wednesday, January 25, 2012

i am a slave.





tangisilah dosa-dosamu sementara kamu masih sempat

manusia.kadang-kadang salah faham

kita cuba ajak dia selesai masalah dengan pendekatan islam.

tapi dia tersalah sangka kita rasa dia teruk,jahat and watsoeva.

well..itu lah yang sebenarnya..semua orang berdosa.semua orang ada buat salah.

sepatutnya kita sedar yang kita ni hamba abdi.bila orang bagi teguran,sepatutnya kita sedar yang kita ni hamba abdi yang pikul banyak dosa..sepatutnya kita sedar..

oh..betul lah aku da jarang buat ibadat.

oh betul la solat tak khusyuk.

oh betul lah dok selalu stalk bukan mahram

and lain-lain lah

bukannya ego sambil bertempik di telinga "kau nak cakap aku jahat la ni?"


dunia ni sementara,kosong dan takda nilai.





baru balik ride.tengok langit nampak benda ni




Tuesday, January 24, 2012

instrumental vs punk rock?





yang ni original.

yang atas tu cover.

1st time aku dengar minah ni buat cover lagu hello cold world.tp masa tu aku rasa mcm tak best.ye ah..mungkin suara dia tak sampai kot utk capai feeling lagu tuh..

tapi cover ni macam best je..eventho aku penggemar instrumental tapi aku suka lagi punk rock punya version.yang original tu emo sangat ah.macam bosan pun ada.tone suara sejenih ja..bosan.

*version yang asal dengaq macam orang tengah nyanyi dalam jamban pun ada.bergema lebih kurang ja.haha


outing hari ini



plannya aku nak gather reramai macam ni;





tapi suma sibuk hal masing-masing..

yang ada pun,aku,atai,matyan,nafis,aina,anip..

ok la tu..

*malam tadi da dinner dengan aina n malin..so da jumpa la malin.

dia xle join sebab ada plan dengan family.xkisah lah.

plannya nak tengok movie.tapi anip tak sihat.dia kata idung tak tahan sejuk.

xpa lah..p gurney lepak kat kedai buku jer.

*oh lupa lak arini 1st time bawak keta auto.sebab matyan pening kepala.terpaksa lah.tp ok ja..

tp mcm biasa la aku sesat dalam pulau tu..haha

tak ingat jalan.

punya la teruk anak jati penang tapi jalan pun tak ingat.haishh

lepas ke gurney kami p batu ferringgi.sebelum tu solat dulu kat masjid terapung.

kat batu ferringgi makan rojak je.sembang2 chill out sesama..

sumpah kalau ada lagi ramai lagi meriah..yang ada tadi pun dah meriah


Monday, January 23, 2012


selesai lah sudah majlis pertunangan akak aku ari sabtu aritu.

kenduri buat agak besar la..sampai 2 khemah..jemputan 300 orang.

da macam kenduri kawen..ayah aku memang macam ni..nak jamu semua orang..sampai separuh kampung dia panggil mcm kenduri kawen..

tak kisah lah..

*mak cik mak cik dok sibuk tanya aku bila aku bila macam aku ni dah tua sangat..muda lagi kot.

duet pun tadak lagi..

lagipun tadak sapa mau kat aku lagi buat masa ni..

sob sob sob..

haha

*aku tak ajak ramai pun sebab akak aku pun ajak sikit ja member dia.takan aku nak ajak lebih2 pulak kan..aku ajak 4 orang.yang mai 3 orang..ok la tu..

nanti kawen aku ajak semua..insyaallah

Friday, January 20, 2012




hmm..aku terfikir jugak macam mana budak2 yg tak reti/tak faham langsung melayu nak survive.

islam bukan setakat sekolah jer..

ilmu agama ni banyak..

betul gak kawan2 aku tu cakap..

tapi aku terfikir jugak..

macam mana budak ni nak join kuliah2 agama kat malaysia?

adakah dengan sekadar layan utube da cukup?

macam mana pulak dengan program2 agama ?

bole ke dia join?

maksud aku bole ke dia faham semua tu?

kalau budak tu bole faham melayu takpa.

risau budak tu tak bole je





tak kisah la kalau nak memodenkan bangsa pun,nak hilangkan jati diri orang melayu pun,

tapi yang penting pegangan tu..


Thursday, January 19, 2012

1 nov 1991 is my new birthday

aku saja edit birthday kat facebook info..

nak tengok sapa yang betul-betul ingat birthday aku.

hoho

since hampa semua(readers) rajin bukak blog aku,so aku bagitau kat sini.

my actual birthday is 16.6.1991.

so kalau sampai 1 nov nanti tayah la greet birthday aku kat wall aku sebab ampa da lewat 5 bulan boh..hahaha


Sunday, January 15, 2012

you have 3 options.choose one

1. a gadget,rm400

2. bmx parts

front hub+new tire+bar end=rm400

3.repair kereta=rm700

damn.

semua ni penting.tapi aku bole cakap option 2 tu tak sepenting option 1 dan 3.what gadget?ahh..the same reason why i bought an ipod touch.

option 3 tu sangat penting.risau gak aku.bab engin ni jangan memain.kalau biar lama kang blow off tak pasal2 kena overhaul silap2 kena tukar engine baru yg lagi costly.

argh!!cmon la cmon la!

Saturday, January 14, 2012

end of semester 3

totally sucks.teruk gila aku sem ni.

ye lah dok mengharapkan lecturer tu mengajar macam cikgu memang tak bole la..

ni universiti bai..style uni le..bagi formula then blah..pepandai la hang nak korek macam mana nak guna..

mungkin kegagalan ni satu titik permulaan kejayaan..mungkin..




Tuesday, January 10, 2012



ahh..rindu gila zaman ni..


Monday, January 9, 2012

it is always be my dream.



during my childhood i always wanted to build my very own car.

something which look like this one.

even sampai sekarang aku teruja dengan kereta.

someday.someday i will build my own car