Followers

Saturday, December 31, 2011

Tuesday, December 27, 2011

panglima?



bhahaha!sumpah terbaek

jujur aku cakap aku teringin berlidahkan orang penang/kedah(loghat utara pekat ).tapi apakan daya aku tak bole..penang aku biasa-biasa ja.

Thursday, December 22, 2011

dimana itu kebebasan kehidupan?

pada aku kebebasan kehidupan ialah kita bebas buat benda yang kita suka tanpa had.

yet,most of us stuck in this one.

yes.money.

sebab duit kita memaksa diri kita menjadi bukan diri kita.

contohnya kalau orang nak amek kos multimedia,then orang lain nasihat "multimedia nanti tade keja.bek ko amek doktor.market besar tu..."

so kita pilih kos tu sebab pasaran?atau lebih halusnya sebab duit?

kenapa tak bole kita pilih satu-satu sebab memang betul-betul kita minat?

aku tak cakap semua.segelintir lah.even aku kadang2 berkonflik dengan diri sendiri.

ada sesetengah orang memang minat ke arah tu and pilihan dia memang betul.

tapi ada jugak yang masuk sumtin sebab terpaksa,

kita memaksa diri kita buat itu ini sedangkan bukan itu yang kita betul2 suka.

bila kerja terpaksa benda yang mudah jadi susah.dan hati tak tenang.

argh..where is freedom?

cakap pasal freedom,bila aku selak-selak balik blog aku 2 3 taun lepas,all is the same!

gila bosan hidup aku 2 3 taun ni.benda yang sama.dok ulang-ulang benda yang sama.takda benda baru.

dammit asal aku baru perasan??

takan hidup aku pun tak bebas?terkongkong dengan benda yang sama all the time.

haaaish..tak bole jadi ni..kena ada anjakan paradigma ni

Tuesday, December 20, 2011

simple plan





with lyrics

suka betol aku dengan lagu-lagu yang jenis macam ni.

Sunday, December 18, 2011

khas untuk penggemar kucing



i'm "lovin" it

how to find title for a song

i bet most of you know this one.but who cares..


its just as simple as ABC...

WHAT YOU NEED TO DO IS JUST GOOGLE THE LYRICS THAT YOU REMEMBER

contohnya macam lagu ni..

Christina Perri - A Thousand Years


when 1st time listening to the song, the only lyrics that i could remember is

"for a thousand years im waiting for you"

then i wrote this one on the google..

and

pufff!!

google will give you the lyrics.

note that although you coulnt have the correct lyrics,(mishearing or something), but still you manage to know the song title.

and to be sure that the song that we want is the real one, just copy the song title and search it on youtube.


tu je cara yang selalu aku buat kalau nak tau tajuk lagu.

semua orang buat benda yang sama.

Wednesday, December 7, 2011

videography

kalau perasan sekarang makin menjadi2 pulak trend "short film" and "vlogging" nih.

and trend "photographing" macam da a bit pudar(pandangan aku lah)

aku suka 2 2.(hell yeah.i love anything which is related to arts)

tapi pada aku,walaupun photographing tak sekool videographing,tapi gamba yang dihasilkan tu makin hari makin mahal.serius.video lak makin hari makin pudar dek teknologi yang makin hari makin berkembang.hari ni full hd 1028 hp,10 taun akan datang?

masa tu kualiti video ni nampak macam sampah;tak cantik la..

gamba pulak lain ceritanya,makin hari makin pudar,makin bernilai.

cer selak album2 lama,kita akan rasa something la kan

video lak..errr...

tah..aku rasa kita bole rasa teruja masa memula tengok vid tu je kot.nilai sentimental dia makin hari makin hilang agaknya.

pandangan aku je.



Friday, December 2, 2011

photographing..hurm..

i was nearly to buy a d90 just now.

tapi bila fikir balik..

hurm..perlu ke aku dengan camera yg mahal2 macam ni?

nafsu cakap:yes!mesti la perlu!

akal cakap:fikir elok2 arip..bukan nak guna sangat pun..

bila fikir2 balik,the main reason aku nak d90 ialah sbb bole record vid dan snap gmba dgn qualiti yg baik,lgpun aku da biasa dengan button2 nikon..button2 canon aku tak berapa tau,sebab tu aku takmau ke canon.

aku takda la rasa teruja sangat pun bila guna dslr,which means hobi ni bukan bagi aku 1 kepuasan.rasa biasa je pun.

hobi yang bagi aku kepuasan tu ha..riding bmx..sumpah puas gila.

so i've made my decision.to own a dslr which price is within rm2000,never ever more than that.

purpose aku nak amek gamba ialah aku nak biar gamba tu jadi 1 kenangan,bila kita di masa lampau usha gmba tu ingat balik memori itu ini.

aku tak perlukan micro,shutterspeed yang sampai 1/16k/s,yang bila iso tinggi sampai 3200 pun masih cantik,yang warna naik,bla2..i dont really need that.sumpah tak rasa papa pun dengan kualiti gamba macam tu..aku bukan nak jadi wedding photographer,bla2..so tak payah function2 tu semua.

pada aku cukup la kalau gamba tu nampak dengan jelas sudah..

and for this purpose probably i will go for nikon d80(RANGE around 1.5k currently) or canon 550d/500d/660d/ which below rm2k.perhaps d90(if somebody make an offer before january 2012 which below rm2k)

ingat senang nak cari rm2ooo?

gila.

oh buat semua,aku ada 1 pepatah melayu nak share

"ukur baju badan sendiri.kalau tak mampu jangan beli.kelak merana diri."

Wednesday, November 30, 2011

nikon d7000

previous entry aku ada cakap pasal d90.

yeah.d90 mmg terbaek.

tapi d90 ada jugak weaknesses;

1.shoot video sampai 720(hp ka apa aku ta tau unit dia),tak full hD la mcm canon 550d.

2.body plastic,jatuh senang pecah.

ni yang aku nampak la.

replacement utk d90 ialah d7000.

apa bezanya?

secara ringkasnya,d7000 ni ibarat d3100 yang ada motor.d3100 bole autofocus masa record video,bla3 tp xda motor.so kalau nak beli lens mahal.and sensor d3100 kecik*untuk cropping factor.

and suma ciri2 yang aku ckp kurang pada d90 ada pada d7000.*body magnesium tu.tahan lasak.jatuh tak senang pecah.



barang baik mesti lah mahal kan?

body je aku buat survey bole dapat dalam rm3k.

busuk2 pun kalau nak angkat d7000 sekali acc(memory,charger bla3)+lens(50mm lens aka standard lens)=3.4k

ahh cakap banyak tak mau tengok review ni




Saturday, November 26, 2011

evergreen song



penah denga lagu ni?kat mana dengar?

hebat la kalau penah dengar.

macam mana aku tau lagu ni?

ayah aku selalu pasang lagu2 oldies dalam kereta.

salah satunya lagu ni lah.

lagu ni diselitkan dalam 1 cerita yang direkodkan dalam kaset,dan kita kena guna imaginasi sendiri untuk tau plot cerita tu.sebab tu aku tau.

aku pun tak ingat la citer apa,cite indon lah.

best kan?i bet even 10 taun akan datang pun sedap didengar.tak macam lagu2 sekarang.sket2 nak rap sana sini.pastu nak bass itu ini,nak dj sana sini.alih2 tahan 2 bulan ja.

back to traditional music,then it would makes your song evergreen.the beatles,p ramlee,sudirman dan ramai lagi dah buktikan.

(edit post)opss.ada kawan aku post link pasal kumpulan (deria ke-enam) remake lagu ni.

sumpah rosak.hilang seni lagu ni.kalau nak membaratkan lagu jadi macam ni ah.

kita warga nusantara buat cara nusantara.kan ke sedap didengar kalau macam ni..ni hang nak buat ala-ala barat,lepas tu dok tarik2 suara bajet feeling,padahai merosak lagu.

naah,encik deria ke-6,please dont destroy the song.if you r really love music,then make it better.not worse.


kucing

sesetengah orang takut betul dengan kucing.aku pun tatau kenapa.
bukannya kucing tu bole makan orang.abeh kuat pun bole cakar and gigit-gigit manja.tu je lah.

biasanya kalau kucing tu tak suka dia tak cakar,in fact dia buat muka garang2 and go away.

kalau kucing tu suka dengan orang tu pulak,dia suka gesel2 badan dia kat orang tu.

and part yang aku paling suka ialah bila tengok muka kucing yang penuh ghairah menikmati keseronokan orang garu kepala/tengkuk dia.

and kucing ni penuh dengan sifat kasih sayang,dia senang nak balas "rasa kasih sayang" tu kat manusia.

sebab tu aku suka belai kucing.bila kita bagi kasih sayang dekat dia,dengan senang dia terima.

frankly speak,aku suka kucing bukanla sebab dia comel,tapi sebab ni lah.sebab penuh dengan kasih sayang.and bila dia gesel2 kepala kat aku,aahh..rasa macam dihargai gila..

*gila apa becinta dengan kucing.

hahaha

dari kecik lagi aku da main kucing,sampai bole kenal lah mimik muka kucing tu macam mana.

buat manusia yang benci kucing,tak ya la nak seksa2 kucing.

arini kita buat kat dia,esok kat akhirat dia buat kat kita balik.


Wednesday, November 23, 2011

cintan-cintan skettt.

Seorang jejaka melamar seorang perempuan..
Tapi hasratnya ditolak.. Cintanya bertepuk sebelah tangan..
Tapi dia x sedih... Dan kawannya b'tanya :

Knapa kamu tidak sedih??
... ... Jejaka t'sebut menjawab : "Mengapa patut aku bersedih??"

"Aku hanya kehilangan seorang perempuan yg x pernah m'cintai aku .."
"Sedangkan perempuan itu kehilangan seseorang yg benar2 mencintainya.."
[via Penduga Arus]
copy from facebook status.



Monday, November 21, 2011

website malaysia diHACKED?



daripada research yang aku buat,1 website tu tak wujud pun.1 lagi tu memang dihack kot.sebab tak boleh bukak pun.

official website pas ialah http://www.pas.org.my/ bukan pas.com.my.

yang website harianmalaysia tu ye kot.tah la.

but points yang aku nak sampaikan ialah kita jangan lah percaya bulat-bulat apa yg ada dalam blog-blog(including my blog.hahaha)

sebabnya?tengok lah.dorang sedap-sedap je tulis itu ini tanpa usul periksa.alih-alih website tu ta penah wujud pun.

lagipun,internet ni bukan rujukan yang baik lah.gua da penah kena.refer internet untuk presentation.sekali fakta lari.pergh..

yang penting ialah kita buat usul periksa sendiri.tayah la nak percaya kat sangat info kat internet ni.masing-masing ada kepentingan untuk kepentingan masing-masing.(apa ayat aku ni?haha)

benda alah ni pun aku guna google search je.tak tau betul ke tak.rajin-rajin buat reseach.kalau website tu memang wujud inform kat aku.aku nak delete post ni.


ok.happy holiday malaysia..opps..johorian only maa..

selamat menyambut hari keputeraan yea,

Friday, November 18, 2011



ok air mata jantan aku jatuh.

dalam library lak tu.

tu pun aku tengok sekerat-sekerat sebab chasing with time(skrg tgh maghrib.satgi ada kelas)

alfatihah for him.

Saturday, November 12, 2011

Thursday, November 10, 2011



pengajaran lah untuk semua.aku sendiri penah accident.2x dah.

1st time masa masa asasi.

not really sure ada citer ke tak dalam blog sebelum ni.

tak kisah la.kalau da cite pun nak cite skali lagi.

ringkasnya masa tu study week,masa asasi.

hari isnin,lagi 2 hari nak raya puasa.

masa tu aku kekonon nak p library.tp dlm hati ada niat lain,nak grab nike dunk sb tiffany yg ak terjumpa kat bundle aritu tp tak amek.

tah aku pun tak ingat cite dia macam mana.yang aku ingat lepas crv redah lopak air sampai simbah abes air kat keta aku,aku jadi ego.


aahh..nak kena keta ni.

masa tu bawak toyota starlet ja pun tapi perasan macam bawak nissan skyline r34.

pecut ah.nak potong crv td.tak sedar engine keta tu 1.ol je.crv 2.5l.

masa tu pulak aku pakai earphone,sebab antena radio kat keta tu patah,so taley dengaq radio.

tengah sedap2 speeding,dalam 100km/h,tetiba rasa ada daya tolak ke kiri.

kuat lak tu.tak leh control.

dub dab dub dab booommmm.

keta langgar devider sungai.nasib baik aku pakai seat belt.

masa tu aku pengsan 3saat kot.tp terkejut jugak la.

nasib baik langgar major beam,so keta remuk tak masuk parit.

kalau langgar minor beam memang masuk parit lah jawabnya.

tapi feeling tu aku ingat lagi.

yg ke-2,masa turun bukit.ada trafficlight kat depan.ak espect org depan nak blah traffic light,skali dia tak.

boom!langgar jugak.

fobia sat bawak keta.

sekarang da ok.

so buat driver2 kat luar sana,pandu cermat jiwa selamat ok.

mohammad akhtar bin abdul rahim

post ni ditujukan khas untuk sorang mamat ni,akhtar aka atai.

amatlah bertuah buat sesapa yang kenal atai ni,sebabnya dia jenis kawan sama-sama nanges.

aaahh.macam mana nak describe eh.

ok lah.dia akan tolong sebaik mungkin kalau kawan-kawan dia ada masalah.

n buat gurl,amat lah beruntung kalau anda bersuamikan dia ni.

kenapa?
1.dia jenis yg bertanggungjawab
2.dia pandai masak
3.driving skill dia terbaik.
4.dia pandai jaga hati orang sekeliling
5.dia stand dgn pendirian dia.
6.orang yg berpandangan jauh.
7.talkative,memang tak penah bosan la kalau duduk dengan dia.

sempurna kan ciri-ciri seorang pemimpin?


apa lagi?businessman,skrg tgh buat part time.dia pandai cari lobang bisnes.

aahh..banyak la kalau aku nak cita.

mana aku tau?gua tau la sebab gua bestfriend dia since form 2 lagi!

and kalau nak hitung jasa2 dia kat aku,uish..tak terbalas aku.banyak sangat.

anyway,this guy really hate the word "BOOOO"

so jangan la guna word tu dengan dia,kalau nak memain pun banyak lagi word lain.

secara historicnya,aku pun tak tau macam mana kami boleh rapat.rasa2nya mcm ni kot.

seingat aku la.masa form2 dulu,kami duk kelas paling hujuuuuuuunggg sekali.2ik.haha

actually dari form1 lagi sekelas tp masa form1 tak rapat pun.

biasa lah.da jadi trend kat smkai,budak2 asrama x campur dgn budak2 luar.

bukan tak campur,campur.tp tak rapat sgt.seingat aku macam tu lah.

mai form2,kami duduk sebaris.kebetulan pulak 2 2 sama naik suka melukis.

naah.dari situ aku rasa kami start rapat.

sampai lah sekarang..

and,masa form2 atai ada angau dengan sorang pompuan ni.

asalnya aku saja2 ja nak ngusik atai,buat2 suka jugak dengan dat gurl.

saja nak bagi saingan.sekali melekat jugak kat hati aku.

hahaha.adess..so kami bersaing secara sihat lah,sampai la sekarang.

tak tau la sapa manusia bertuah dapat dat gurl.hahaha.

ok,tak lari topic lagi.

akhtar,the finest friend on earth you may find.

and thanks for being my bestfriend dude.




Tuesday, November 8, 2011

hikmah

setiap yang berlaku ada hikmahnya.mungkin kita tak nampak hari ini.bila sampai 1 masa tu baru kita sedar yang DIA dah rancang sesuatu yang sangat terbaik untuk kita.

Monday, November 7, 2011

lepak-lepak kedai mamak

oh da jadi biasa da kalau aku balik penang orang yang wajib aku jumpa ialah atai.

ofcourse lah,dia ni da macam saudara kembar aku dah.

sekepala,interest benda yang sama,even minat dengan orang yang sama!

cool isnt?

hahaha.

ni baru balik dari "starbucks" bertam*mamak je.budak2 sini panggil starbucks.

aku,atai,pali.lepak2.sembang2 hal2 pompuan,hal dunia.hal sekolah.hal2 lama yg tak penah basi walaupun ulang beribu kali.

yeah.semua memori lama yg sangat best.

ahh..aku ingat hang dablah dari dalam lubuk ati ni..sekali ada jugak..adoii

ahh..im wishing for a longer holiday.


Friday, November 4, 2011

shave.

sampai-sampai rumah je semua orang bising sebab misai aku da tebal.

da jadi kebiasaan aku cukur misai setiap kali balik kampung.

ketebalan misai jadi penanda ukur berapa lama aku tak balik rumah.

kalau tebal sangat tu maknanya memang betul-betul lama la.




untung lah kamu si pengguna tangan kanan



aku kidal,kalau tengok dari gamba ni memang betul2 reflect dengan aku.(no wonder la aku suka benda2 seni)

and kalau cara aku study ialah nak kena tengok whole perspective baru bole faham 1 benda.

ni yang bagi kelemahan kat aku since otak kiri diperlukan dalam bidang aku sekarang.

arghh.

i wish i am a right-handed-person.

Saturday, October 29, 2011

sesi bergambar=)

yeah.aku dok bising2 nak beli camera dah dekat 3 post rasanya menunjukkan aku sangat gila dengan gamba.

ok.ni antara hasil kerja aku lah.guna nikon d3000,camera UTM,aku tak beli lagi.

klik here

memang nak beli.just tengah mencari yang dalam budget aku.hehe.d90,one day u'll be mine
(insyaallahh)

Friday, October 28, 2011

yeah.will go for d90.no hesitation.

why not d80?

sebab d80 ada masalah dengan iso,kalau malam tak pakai flash gamba jadik buruk.beli cam ribu2 skali kantoi kat cahaya apa jadah.

why not 550d?

sebab xda external button kat kiri and dial kat kanan.aku belaja guna benda alah tu.so kalau tadak mungkin janggal.tambahan pulak aku kidal.so external button kiri tu banyak membantu aku.

why yes for d90?

got cmos sensor,motor build in,low burst at high iso,apa lagi mau?

nak sedia duit je la..tengah mencari2 ni.agak2 bole dpt below 2k.or almost 2k la.not more than that.out of budget.

ada mamat nak jual body rm1350.tp shuttercount dia 67k.gila apa.life utk d90 pun sampai 100k je.berapa lama sangat aku bole pakai benda alah ni?setaun?2 taun?gila.

then kalau nak jual balik sapa mau beli dengan high sc?

gila.


Wednesday, October 26, 2011

telan ludah sendiri.

recent post aku cakap tanak 550d.

ive change my mind.

main reason ialah sebab 550d built in motor.compared with entry level nikon,mcm d3100,d5100 xda motor.

yes,aku agree function nikon memang best.tapi tadak motor.untuk apa motor dalam lens?

kitlens 18-55mm je.untuk focus benda2 jauh kena pakai lens yang lebih panjang.mcm 300mm mcm tu kot.

so untuk model2 entry level nikon kena pakai motored-lens,yg harganya lebih mahal dari body.

bole kot pakai lens yg xda motor untuk entry level ni,tp xbole autofocus la.

kena manual focus.maknanya kalau nak main blur kena pakai manual la kot.kena pusing2 lens sampai dapat blur yg kita nak.

kalau auto memang dah set dah.kita snap je terus blur kat belakang.kalau ikut setting yg betul lah.

aarghh..tensi la dengan camera ni..buang masa aku betul.

still conflicting wif myself,either to get a d80,d90 or 550d.ofcourse la money is the biggest problem meh.

i wish i have a girlfriend,and she would give me a dslr for my past birthday.haha

Monday, October 24, 2011

woman wif spec sgtlah.....

frankly speak,aku mudah tertarik dengan wanita-wanita yang berkaca mata.

bila x pakai spec,biasa je pon.tp bila dah sarungkan spec,(tambah2 yg berbingkai putih/merah darah)..woo..cair mair aku.

tapi tak semua orang nampak cantik pakai spek.

ada orang yang dah dilahirkan dengan natural beauty,tanpa spec pun cantik.

ada orang yg perlukan spec baru cantik.

ada orang pulak yang pakai pun cantik,tak pakai pun cantik.

alah..senang cita macam beckham la..(*betol ke tak aku eja ni)

dia buat p la hairstyle macam mana pun,even botak sekalipun tetap nampak hensem.

sebab dia memang dah hensem segak bergaya.

(sumpah post kali ni macam gurlish punya post)

anyway,cantik macam bidadari pun kalau tak tutup aurat tak guna,cantik p macam mana pun kalau dok jaja muka sana sini tadak guna.cantik p macam na pun kalau dok selamber badak biar laki pegang hak-hak dia pun tada guna.

Saturday, October 22, 2011

aku dengan dunia aku,kamu dengan dunia kamu.

tah.kadang-kadang aku rasa macam alienated gila.macam aku ni dari planet lain.
masa orang dok huu haa huu haa aku senyap sepatah haram tak tau nak masuk kot mana.

and bila aku cuba masuk huu haa huu haa tetiba semua macam layan tak layan.

and susah betul nak cari orang yang bole start nak huu haa huu haaa dengan aku.

aah..masih mencari hala tuju hidup,masih kabur perancangan masa depan.masih terpinga-pinga hala tuju hidup.

who cares?aku dengan cara aku.kamu dengan cara kamu.kalau tak sehaluan ada aku kisah?zzzz

dah2.jom g library.dok kat bilik keja men fb,pastu tido awal.da jadi virus.da la senin ada test

Sunday, October 16, 2011

respond bini-bini aku bila mintak nak pasang satu lagi

bini no.3 dgn kebaya merah terus naik angin"awak!kalau awak pasang 1 lagi saya ni nak makan apa?"

bini no.2 yang bergaun putih tak marah,tapi sindir "awak baju saya pun awak tak tukar-tukar,kasut saya yang da botak ni pun awak tak ganti-ganti ada hati nak pasang satu lagi"

tapi bini no.1 cool je.."awak..saya tak mintak lebih2..kawin lah..tapi bole awak janji dengan saya awak akan penuhkan nafkah saya?"

then abang long datang "lu!hutang aritu pun lu belom settle ada hati mau pasang bini baru..memang la dalam agreement lu bole bayar 2 taun lagi..tp apa lepas 2 taun tu lu terus ada cash ka?"

heeh..

chop2..nak kawen dgn sapa?



ni haa..si d90 yg comel lotey ni~

si kebaya merah tu iswara merah yang aku bawak kat sini.

si bergaun putih tu basikal aku lah

si bini no.1 tu buku teks.

si abang long tu ptptn.

why nak sangat beli d90?

hmm..aku masuk kelab photo sem ni.

memang lah dia bagi pinjam camera.tp..tah..ak macam serabut sket nak pinjam2.

tak flexible.

why d90?kenapa tak model lain?

kenapa tak canon 550d?

kenapa?

hmm..ringkasnya,d90 lebih murah dari canon.

kalau compare dengan model nikon yang lain pulak;

d90-
1.ada vid recording hd
2.guna sensor CMOS(new system.better than CCD)
3.High mps(12mp)
4.built-in motor(senang sket nak cari lens)
5.saiz sensor (23.6 x 15.8 mm),kira besar jugak la kalau compared with d70s.
6.11 area autofocus(rasanya model2 lama macam d70s xda autofocus point ni kot)

ada je model2 lain macam d3100,d5100 yang hampir sama dengan nikon d90 tapi takda built-in motor.motor dia dalam lens!

adess..

dats why la d90 is a good option when buying a dslr.of course la ada yang lagi better macam d300s,or yang paling baik d3s.tapi tengok harga sama la meh..

disebabkan aku takot tak cukup budget untuk bini-bini aku yang lain,so aku decided nak kawen dengan d70s je lah.

yeaah..kalau compare dgn model2 baru and d90 mmg jatuh sejatuh yang mungkin la..
6mps,ccd sensor.

tp at least dia built-in motor.so lens senang.

nanti bila da kerja nanti baru tukar camera kot.tengok lah dulu.

budget ak max:rm1.5k complete.

so kalau ada sesapa yang nak let go camera dlm budget2 aku ni bagitau la ek

(built-in motor model)

Friday, October 14, 2011


salah satu sebab aku lebih tertarik dengan wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

lagipun,jujur aku cakap..kalau bapa borek,anak rintik.faham tak?

bole ke anak pakai tudung kalau si emak dok free hair?

apa?tahajjjud cinta?

taik lembu~

aku pun bukannya baik sangat.tapi aku harap2 lah yang aku akan jumpa bakal peneman hidup aku sampai mati tu menutup aurat dengan sempurna.

lagipun,pompuan yang tutup aurat dengan sempurna ni lawa kot.

and mana2 lelaki yang bayar mahar dengan jumlah yang sekian-sekian tak rugi se-sen pun.

maksudnya?

ye lah.perempuan kan banyak hiasan kat badan dia dan hiasan tu hanya halal untuk si suami jer.

tapi kalau dah dedah sana sini bagi suma orang tengok then apa guna bayar mahar beribu-ribu?

bezanya boleh dimiliki je..

lain pulak kalau yang menutup aurat dengan sempurna ni.

si lelaki yang bayar mahar ni dapat 100%. yang orang lain tak dapat.

orang lain tak tau warna rambut dia,orang lain tak tau rambut dia pendek ke panjang,orang lain tak tau dia ni kurus ke medium ke..

ahh..banyak la kalau nak cita.

pendek kata lelaki yang beruntung adalah lelaki yang memilih wanita yang menutup aurat dengan sempurna sebagai isteri.

and isteri yang beruntung adalah dapat suami yang boleh membimbing keluarga ke syurga.

aaah..ni yang lemah ni..

anyway..tak rugi pun berpakaian longgar,pakai tudung sampai bawah dada,pakai stokin tangan dan kaki..

yang ruginya kalau dedah..dah la dapat dosa satu hal, market value pun turun satu hal.

ah..banyak la kalau nak cita..



Wednesday, September 7, 2011

she is different.

memula aku ingat dia ni pretending je..tapi agak2 lama sket kenal.tetiba terdetik

"oh..dia bukan buat2 baik.dia memang baik."

yeah,sebab orang lain tak sama macam dia.dia sangatlah lain.dan sangat lah special.

aku terminat yui pun sebab muka yui iras-iras dia.
(salah satu sebab la..sebab lain yui ada suara yang best,muka pun cantik and bole main music instrument)
aah..awal lagi untuk semua ni.lagipun,banyak lagi aku nak kena belajar.banyak lagi aku tak tau.banyak lagi beban yang aku kena tanggung.tak payah nak tambah beban lagi satu.

lagipun,orang pendiam lagi berlagak sombong bermuka bengis macam aku ni memang forever alone.haha

biarlah aku dapat degree dalam mekanikal engineering kat utm dulu.

biarlah aku jadi engineer yang berjaya dulu.

biarlah aku kaya dulu.

biarlah aku berilmu dulu.

baru aku fikir pasal benda2 ni.

at that moment i'm already too late,perhaps.

jatuh dan bangun




sori lah poor quality.aku convert ke 3gp sebab tak larat nak tunggu upload lelama.

Tuesday, September 6, 2011

aku dan senyum




actually aku lebih suka bermuka serius bila depan camera.baru nampak macam model.
haha.

model selalunya tak senyum depan camera.selalu buat muka keras je.nampak natural.

bagi aku lah,gamba lagi nampak cantik bila kita tak senyum depan camera.senyum tu cantik,tp biar lah senyum yang natural.bukan pretending mcm gamba kat atas ni.seriusly aku tak suka sangat gamba2 genre macam ni.aku lebih suka gamba macam kat bawah ni

cool isn't?

hahaha

is it?


is it?

Monday, September 5, 2011

better watch this than watching m-pop


so malaysian huh



this is american boy

and this one is malaysian boy



malaysia oh malaysia..hehe..plagiarism tak abes abes.

lagu ni best..just...pada aku takda langsung ciri2 truly malaysian boy.

ye lah,aku seniri pun malaysian boy tp aku terpengaruh jugak dengan culture america.

kan lagi menampakkan malaysian boy kalau ada mat rempit,mat mat moto,mat kaki cyber cafe,mat bundle,dan segala mat yang budaya tu tak di amalkan kat negara luar.barulah malaysian~baru lah orang luar impress sket dengan malaysia.

tp offcourse la takda sebab event tu tada dalam list suarakami tu pun..hehe

nway,aku nak sangat pegi event astro nih.suara kami.tp mcm tak sempat ja.adess.



hilang ke?

penah tak cuba benda ni?

pejam mata,cari hati kat mana.

jumpa?

aku jumpa.tp jauh sangat.and hati tu dalam kegelapan.

opps.aku maksudkan hati betul.bukan post cintan2 yang eiu eiu.

feels like..

http://topnews.in/usa/files/jail.jpg

Thursday, September 1, 2011

muka macam zaem4zan

gambar di atas ialah zaem fauzan

gambar di atas ialah budak kecik yang dok ikut tahlil rumah ke rumah setiap taun

imaginasi aku jer kot.tp serius lah..kalau la aku ada better camera at this moment,aish..bole la hampa semua tengok dan bandingkan sendiri.



Saturday, August 27, 2011

sama ke?

http://www.worldrallysport.com/files/imagecache/%252FHorsey+and+Motavu+yump+-+Bulldog+Rally+2010+-+Geoff+Mayes.jpg http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/13/Clyde_The_Bulldog.jpg/220px-Clyde_The_Bulldog.jpg

kat hidung tu..haha..imaginasi aku jer kot.

please dont.

http://rlv.zcache.com/dont_be_jealous_tshirt-p2359998971268193323ly8_400.jpg

tak kisah la sama ada dari segi chentan2,akademik,rezeki,nasib,apa2 je lah.

takyah la nak compare-compare dengan orang.then jelez dengan kelebihan orang lain.

jom pakat-pakat semai sikap syukur dalam hati yuk.

kalau dah bukan hak kita kenapa perlu kita rebut2?apa kita lagi pandai merancang dari yang maha esa?

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)"

tapi tak bermakna kita tak kena usaha.tu pemalas.usaha,usaha jugak.tak kisah la dari segi apa pun.

contohnya.kalau dah minat dengan sumbody.kita dah usaha.tp dah bukan jodoh kita..takpa lah..carik lain susah apa

kalau buat bisnes,bisnes orang lain jauh lebih maju dari kita.takpa lah.dah tu rezeki dia..daripada kita busuk hati dengan dia,kan lebih baik kalau kita belajar dari dia.macam mana dia bole berjaya dalam bisnes.and kita bole perbetulkan kesalahan diri kita,mana tau dengan rahsia yang dia share dengan kita,tambah dengan skill kita sendiri,kita bole maju dan maju dari dia?

papapun,usaha-tawakal-redha.

jealous bahaya oo.sebab jealous adalah penyakit dari dalam hati.
bila hati mati,haa..tau la apa akibatnya


ok lah.tu ja untuk post kali ni.
salam.

Friday, August 26, 2011

this is malaysia.




solar energy

masa sem 2 aritu lecturer thermo aku pernah cakap

"1 hari tenaga solar dah boleh janakan kuasa untuk 1 bumi 4 a few years..tapi solar panel sekarang tak capai efficiency tu lagi"

semalam,aku agak teruja bila dapat berita ni

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2WFhVZflBh9q3KvWL2BCGYtMNYOSsl2Z4HH0E6kahlc7k0Cl4wm9SMXS_6HMpsr25AeAHzLxJEogAQ9UFmhRpfrZ9wOBVPKLxRRr3Nq7FVKOAXAqgzDuGx0D1spL6u9LvYi4AjojK9A-I/s1600/8247962.jpg

fibonacci manner

fuh.aku rasa masalah solar ni dah almost dapat penyelesaian.

50% banyak tu..



cinta.

http://deeto88.files.wordpress.com/2009/12/love1.jpg


http://www.ayatayatcinta.net/

buat penggemar ayat-ayat chentan-chentan yang eiu eiu, aku dengan yakin lagi pasti website ni akan jadi tempat lepak yang best buat korang.

frankly speak,aku tak pandai bermanis mulut.aku pun tak pandai cakap dengan gurls.tambahan pulak,gurls takut dengan aku.tp ok lah,aku takde la desperate sangat nak couple buat masa sekarang.

mama aku seniri cakap,nak tau cinta tak cinta tengok lepas kawin.bila fikir-fikir balik,betul gak eh..sebelum kawin,bukan main pembohongnya.yang laki pembohong dengan ayat-ayat manis..yang pompuan pulak pembohong dengan mekap tebal..aah..sama ja laki pompuan yang dok berkapel.2 2 pembohong.bila lepas kawin mekap ke mana ayat-ayat manis ke mana.rajin ke mana,malas ke mana,cinta ke mana,apa pun tadak..apa pun tak bole.

tp ayah aku rajin tolong mama aku kat dapur ok~aku ja yang pemalas.haha

tapi tak semua kot yang pembohong.ada yang be themself.

tah lah.aku takda pengalaman couple-couple ni.

tak reti kot.

lagipun,aku tak rasa couple itu sesuatu yang sangat penting pun..

kalau tak couple pun bole idup aih..

Thursday, August 25, 2011

i used to be in this situation



oh lama dah..masa zaman baru-baru dapat lesen dulu..bukan aku la yang bawak macam ni.

kawan-kawan aku,atai dengan matyan.tapi atai bawak lagi gila.matyan cermat sket.

aku nak bawak cam ni?sori la.accident 2x dah membuktikan aku tak cekap bawak keta.

lagipun,aku tak suka lenjan-lenjan engine..biar lambat asal selamat.

da serik bawak keta laju2.

tunggu aku beli lambo sebijik baru aku bawak laju-laju.

got this from email

PENDAHALUAN


Kisah ini adalah penjelasan lengkap mengenai operasi pemeriksaan 12 orang Islam di gereja yang dijalankan pada 2 Ogos 2011 beralamat di Dewan 3, Damansara Utama Methodist Church (Dream Center) Jalan 13/1, Seksyen 13 ,46700 Petaling Jaya, Selangor DE.

LATAR BELAKANG
Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis Berbuka Puasa yang dinamakan 'Thanksgiving Diner Program Itenary' seperti alamat di atas.
Tindakan berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1955 iaitu Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.
Siasatan juga dibuat mengikut Enakmen agama bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan orang Islam ) Negeri Selangor tahun 1988.
Program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan Thanksgiving.

Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Penguatkuasa Agama - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dibantu oleh sepasukan Polis Diraja Malaysia seramai 20 orang daripada IPD Petaling Jaya dan Sea Park.

PENJELASAN MENGENAI OPERASI PEMERIKSAAN ORANG ISLAM DI GEREJA DUMC
PERLAKSANAAN OPERASI

- Taklimat dibuat di pejabat JAIS pada jam 8.40 malam
- Bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam.
- Tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke Dewan 3.

- Jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan.
Semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda telah melakukan pengucapan awam di atas pentas, di depan tetamu yang hadir.
Anggota didatangi oleh wanita bernama tag 'Sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan.

Anggota PDRM dan JAIS yang telah memasuki dewan diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan.
Sedikit pertelingkahan berlaku antara anggota dan penganjur.
Anggota telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang Islam di majlis tersebut. pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang Islam hadir di majlis tersebut.

Maklumat Pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. Anggota akhirnya memperolehi tentatif program. Terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'Alhamdulillah dan Allahuakbar'.
Terdapat juga satu borang kuiz Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.


Sementara itu, anggota yang menjaga pintu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang.

Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar dari dewan.

12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI

1) Nadeane binti Che Mohd Salleh (Sofea) .
IC : 79xxxx-01-6094
2) Muhammad Khairul Dhillon bin Abdullah
IC : 69xxxx-08-6039
3) Ina Reima Fitriza binti Mahadzir
IC : 85xxxx-71-5018
4) Ade Andrian Putra bin Mahadzir
IC : 94xxxx-02-5609
5) Nea Reima Mareana binti Mahadzir
IC : 90xxxx-02-5778
6) Rasyidah binti Abd Razak
IC : 77xxxx-01-5908
7) Nur Umrah binti Abd Razak
IC : 95xxxx-01-6002
8) Mohd Haslan bin Bob Hasnan
IC : 80xxxx-10-5045
9) Faridah Binti Abdul Rahman
IC : 71xxxx-12-5478
10) Nur Al Ashikin bt Shaikh Dawood
IC : 72xxxx-10-5072
11) Faridah bt Abdul Latep
IC : 72xxxx-71-5256
12) Sahrunida bt Assad
IC : 81xxxx-08-6246

Nota : Terdapat ibu bapa yang beragama Islam membawa anak-anak kecil.
ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK

Jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan Islam.
Peserta Islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap.

Nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakbar' dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja).

Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.

Majlis tersebut disyaki bertujuan untuk menarik orang Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti ;

- Bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan.

- Baju yang dipakai oleh bukan Islam adalah baju kebaya, kebangsaan dan kurung.

- Cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.
- Majlis diadakan di premis kristus.

- Malah seorang peserta (Melayu) yang ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung
agamanya.

Jawapan beliau adalah - 'I believe in God' (mengikut cara kristian dan gereja)
FAKTA TAMBAHAN

Tiada serbuan dilakukan oleh anggota, sebaliknya rundingan.
Adalah amat dikesalkan kerana terdapatnya segelintir pemimpin beragama Islam yang secara tergesa-gesa menyalahkan JAIS sebelum mendapat maklumat sebenar operasi menyelamatkan akidah umat Islam ini.
SILA SEBARKAN



ok..video ni dipolitikkan.aku tanak cakap pasal politik.pada aku kalau hang betul-betul perjuangkan islam,kenapa tak letak perjuangan islam at the first place?kenapa tak ikut nasihat alim ulama 54 tahun dulu?sebab takut dicerca sebab langgar hak asasi manusia?apa tu hak asasi manusia?aah..malas aku nak bising-bising.bukan dapat apa pun kalau aku bising banyak2

Wednesday, August 24, 2011

forum for all UTMers

http://forum.lowyat.net/topic/1462380

aku terjumpa post ni masa search pasal kolej ktc.sekarang dah sampai 70 lebih dah page.tak larat nak baca semua.

kalau nak tanya anything pasal utm,lifestyle in utm, mencari senior utm/nak cari buku/notes/soalan pasal kolej/bidang/kos/apa2 je lah pasal utm aku sarankan pegi sini. bole roger2 dengan forumers kat situ.aku pun tak join lagi..

one of my dream has been realized

aku start selak-menyelak buku kereta masa darjah 5 macam tu kot..tu pun sebab arwah abang aku memang minat kereta..memang banyak lah magazine kereta kat umah tinggalan arwah.

masa kecik-kecik dulu pun,dia lebih suka toys dari jenis kenderaan,tak kira kereta ke,trucks ke,lori korek pasir ke..berbanding dengan aku yang suka toys macam action figure power rangers,dragonball,etc.mungkin sebab ni kot yang buat aku suka citer2 macam heroes,x-men dan seangkatan yang ada super power.haha.

aku agak terpengaruh la dengan minat arwah abang aku,memang minat gila dengan kereta sampai satu tahap aku cakap kat ayah aku

"ayah,adik(masa tu aku bahasakan diri aku adik,skrg arif.dah besaq kot) nak mesin rumput.nak buat go cart"

haha..mana nak bagi..start dari tu aku da simpan cita-cita,one day aku akan buat kereta aku sendiri.

macam tu la sejarahnya macam mana aku bole tergila-gilakan kereta sampai ke hari ni.

malah,aku ada simpan cita-cita untuk kerja dengan proton dengan harapan one day aku bole ubah tanggapan rakyat malaysia pasal proton yang ______.yes,aku pengguna proton.kat umah ada 2 bijik proton.keta tu jauh lagi muda dari nissan sunny dan toyota starlet kat umah,tapi both jap-oldies car tak ada masalah macam proton walaupun keta-keta jepun tu dah tua.

ok.ni pun salah satu impian aku,nak tengok f1 car on the road.

check this out.

FURORE F1 ciptaan Russ Bost sah digunakan di atas jalan raya di Britain.


berita kat sini


aku jugak ada bercita-cita untuk merealisasikan micro car.
microcar ni keje photoshop je.

Mini Vette

dan banyak lagi lah.nak tengok bole g google.

sebenarnya ada yang real,tp ni bukan kereta.sebab..

Image






tapi nak realisasi micro car ni bole ja..buat bodywork kat keta kancil jadi lah.


tapi rules kat malaysia ni strict sangat.mod lebih-lebih kena saman,silap-silap kena sita.*daripada apa yang aku baca lah..

ok,tu je untuk post kali ni..thanks 4 reading.

thnx my big bro sbb kenalkan aku dengan dunia kereta.kalau ringan mulut sedekah la al-fatihah untuk dia.